Selamat Datang!





Projek Kandang ini dimulakan sejak bulan Ogos 2008. Bermula dengan 25 ekor kambing baka boer, dan sekarang jumlahnya sudah menjadi 93 ekor. Ini termasuklah baka jamnapari, feral dan katjang cross untuk tujuan akikah, korban dan lain-lain. Projek ini diusahakan secara solo, dengan bantuan ahli keluarga terdekat. Moga-moga berjaya hendaknya. Jika berminat untuk sama-sama belajar pasal kambing, nak beli kambing, nak kenal ngan tuan blog atau saja2 nk abiskan masa bersembang rajin2 kan lah tgn tu mendail 013-3676780 - Rizal hehehehehehe.................












Tuesday, December 27, 2011

Update Disember 2011

Salam Tahun baru,

Alhamdulillah dah nk masuk tahun baru, selamat tahun baru. Bercakap pasal tahun baru mesti x lari nk tanam azam baru, azam tahun 2011 dah capai ke? Bagi saya alhamdulillah, walaupun x dpt semuanya tapi syukur segalanya di tahap yang membanggakan.

Mula2 pasal target saya nak dpt 100 ekor kambing di RDS Farm di tahun 2011 ni....walaupun sekarang dah ada dlm 95 ekor....kalau masuk yg dah berjual dlm tahun ni 7-8 ekor maknanya memang dah ada 100 ekor la kambing saya tu. Namun niat dihati nak tgk 100 ekor ada dlm kandang mmmmmmm insyaAllah dlam 1-2 bulan ni kot......doa-doa kan ya.

Last week balik kampung antar susu utk anak kambing dgn jarum injet utk bg vitamin....bulan ni ari2 hujan...kawasan kandangpun penuh dgn air hujan...alhamdulillah anak2 kambing sihat je termasuk ibu2 n bapak2 pun ok....syukur segalanya ok.

Skarag baru lps musim durian di kampung...durian dah abis yg tinggal langsat, maggis dan buah kelapa sawit kikikiki......bercakap psl kelapa sawit ni....memang dah lama niat nk beli ladang kelapa sawit sendiri cuma budget belum ada lg...paling cantik ada dlm 4-5 ekar pun dah best tapi insyaAllah tu target selepas ni plak. Satu lagi di kawasan kandang, 2 pokok dokong sudah mula berbuah...buahnya masih lg hijau x dpt la nak merasa lagi. Walau mcm mn pun alhamdulillah ini kali pertama ianya berbuah dan buahnya besar2 geram plak tgk...nti saya upload pic dia insyaAllah.....

Minggu lepas juga saya dijemput oleh kwn baik dlm arena kambing En. Awie utk sama2 menghadiri meeting berkenaan penubuhan Persatuan Penternak Kambing Nasional (PPKN) di Petaling Jaya. Alhamdulillah sy amat berterima kasih atas jemputan ini kerana yg hadir terdiri dari Org2 Besar dlm arena kambing tetapi amat merendah diri. Bukan senang nak jumpa mereka ini dlm satu meeting. Antaranya org kuat Boden, Perfect Agro, Shamile Agro Farm, Pondok Tanjung termasuklah Awie dan Aizan serta lain2 lagi. Terasa saya ni amat kecik biler berada dgn heavyweight2 ni kerana mereka puratanya ada kambing melebihi 1000 ekor dgn tanah yang berpuluh ekar malah ada yg mencecah 100 ekar....pehhhhhh..........InsyaAllah saya juga mahu berjaya seperti mereka...Doakan ya.

Antara tujuan penubuhan PPKN ini adalah untuk memperkasakan lagi industri kambing di negara kita dengan membantu kerajaan mengawalselia kemasukan kambing2 dari luar, memberi khidmat nasihat dan membantu ahli2 mendapat baka2 terbaik dari kalangan ahli persatuan serta menjaga kepentingan industri kambing itu sendiri. Bukan lah ini hanya satu2nya persatuan kambing di negara kita tetapi kebanyakkan persatuan hanya bersifat kenegerian atau dikuasai individu tertentu yg bermotifkan monopoli. Saya secara peribadi amat menyokong penubuhan PPKN ini dan amat yakin dengan kesungguhan para heavyweight yang ada kerana siapalah saya jika dibandingkan mereka tetapi insyaAllah mungkin saya tidak ada 1000 ekor sekarang tetapi saya sedang menuju ke arah itu dan secara realitinya saya masih muda (35 thn - muda ke? kikiki....) dan byk lagi cabaran dan rintangan yg sedang menunggu dihadapan. Saya sentiasa berpegang kepada satu idea/pepatah lama (xsure dr mana) berbunyi kurang lebih begini 'I'm join in to contribute something, not to expect to get something'. Sebab itu, dgn tgn terbuka saya ingin menyumbang tenaga mahupun buah fikiran bg perkembangan PPKN khususnya dan industri kambing amnya.

Selepas bermesyuarat sambil makan2 roti jala dgn kuah kari daging boer Boden (its yummy), para heavyweight ada bersembang2 berkenaan industri kambing dari hal kecik2 hinggalah kepada hal yg besar2. Secara umumnya penternak kambing kecil2an dimonopoli oleh org india tetapi org melayu sudah mula mengusahakannya secara besar2an berkat galakkan dari kerajaan. Dikebelakangan ini, terdapat pengusaha2 berbangsa tionghua yg mula nampak potensi industri ini dgn memulakan penternakan susu kambing. Bukan dengki atau iri hati dgn perkembangan ini tetapi rata2nya bersetuju bahawa sifat golongan tersebut yg dari dulu menguasai sektor2 lain yg berani mengugut dan mengancam kerajaan seterusnya pengguna yg terancam dengan harga yg tidak masuk akal. Para heavyweight juga sentiasa berdepan dgn keangkuhan pihak2 ini yg memndang serong dgn keupayaan org melayu berniaga dan lebih mengutamakan warna kulit. Sebab itu, sifat menjaga bangsa sendiri perlu ada kerana di dalam setiap diri kita demi memastikan kita tidak terus mengikut telunjuk mereka. Memang di dalam bisnes perkara persaingan satu kemestian tetapi perlulah jujur dan saksama serta tidak ditindas sewenang-wenangnya.

Para heavyweight juga menyuarakan ketidakpuashatian terhadap layanan pihak Jabatan Veterinar yg tidak telus dlm memajukan sektor penternakan kambing. Byk penyelewangan yg berlaku depan mata tidak ditangani dgn sebaiknya dan ketirisan perbelanjaan dlm industri amat mengecewakan. Sebab itu, idea penubuhan ini perlu disegerakan dan perlu diterima oleh kerajaan sebagai satu badan yg membantu memantau sektor penternakan di negara ini selain dari Jabatan Veterinar dan Jabatan Pertanian.

InsyaAllah ianya akan jadi keyataan satu hari nanti.

Mmmmmm......byk dah ni membebel.....rasanya byk yg fakta dari yg karutkan? kikikiki.............

Sekali lagi....Selamat Tahun Baru 2012, moga ianya memberi lebih kerahmatan dan keberkatan kepada kita semua. InsyaAllah....

Wassalam.

p/s- Kepada kwn lama saya yg baru berjumpa semula selamat membaca ya.....hihihi............

Saturday, October 29, 2011

Update Kandang........Pening-pening.......

Salam semua,

Alhamdulillah, projek menaik taraf kandang telah siap sepenuhnya minggu lepas, senangla pengurusan anak2 kambing lps ni. Moga kambing2 makin selesa dgn pengubahsuaian yang dilakukan dan tempat mkn yg lebih sistematik dan kandang ibu2 yang bunting lebih selesa.

Cuma, saya agak ralat dengan tukang kayu yang memang tidak profesional dlm bab upah seperti mana dipersetujui sebelum ini. Memang niat dihati ingin membantu org kampung dlm kerja2 membaiki kandang dan upah telahpun dipersetujui sebelum ini dan masing2 bersetuju dengan harga yg ditetapkan tetapi malangnya setelah siap kandang upah yang diminta 3 kali ganda dari harga asal yang mana memang menyakitkan hati saya. Malu rasanya ingin bercerita tentang keburukan tukang kayu/org kita malah sesama melayu. Persetujuan yang dicapai sebelum ini langsung tidak diambil kira malahan ingin mengheret saya ke balai polis jika harga yang diminta tidak dipenuhi. MasyaAllah. Ugut mengugut jelas dalam sms yg dikirimkan kepada saya. Kalau diikutkan mahu saja saya laporkan kepada pihak polis tapi mengenangkan org kampung dengan tidak ada pelajaran (bukan menghina tp kenyataan) sifat ingin mengambil kesempatan atas kebaikan org lain dan tidak menghormati persetujuan sebelum ini jelas mengecewakan saya. Maaflah memang selepas ini memang saya serik ingin mengupah org kampung membuat kerja2 kandang. Duit memang boleh dicari tetapi kepercayaan tidak boleh dijual beli. Buat kata makcik saya, biarlah dia kaya dengan duit yg x seberapa tu, Allah saja yang dapat membalasnya. Saya tutup buku dengan org kampung, tiada lagi peluang bekerjasama di masa hadapan.

Kadang-kadang terdetik di hati saya, sampai bila org kita nak maju kalau sifat menindas dan ugut mengugut masih menebal dalam diri org kita? sifat iri hati melihat kejayaan org lain tetapi tidak mahu memajukan diri sendiri untuk masa depan. Entahlah, moga Allah SWT kuatkan azam dan keyakinan saya utk terus berjaya dalam hidup tanpa menindas sesiapa.

Ya Allah...sesungguhnya memang aku diuji olehMu dan aku tahu ujian ini hanyalah sebahagian dariMu, aku terima ya Allah, moga engkau kuatkanlah imanku ya Allah, insyaAllah.

Kepada kawan2 di luar sana, ujian dan rintangan ini bukan perkara baru dalam dunia penternakan kambing, byk lagi yang bakal mendatang dan insyaAllah saya cuba hadapinya. Percaya pada diri dan sentiasa berusaha dan ingat Allah tidak akan menguji seseorang itu jika Dia tahu orang itu tidak mampu menghadapinya. InsyaAllah.

Semoga kita terus berusaha dan lupakan perkara yang lepas dan tanam sifat dendam dan benci jauh di dalam tanah, insyaAllah.

Salam Aidil Adha buat semua.

Tuesday, October 18, 2011

Sudah 92 ekor......yes...yes...yes....

Salam again,

Alhamdulillah, kambing beranak kembar lg dan jumlahnya sudah 92 ekor, itupun selepas beberapa ekor telah dijual sepanjang tahun ni. Impian utk memiliki 100 ekor menjelang hujung tahun hampir tercapai insyaAllah doakan ya.

Perkembangan di kandang sedang di upgrade dengan kayu yg lebih kukuh, dah hampir siap 80% moga dlm seminggu ni siaplah hendaknya. Anak2 kambing pun sihat alhamdulillah dengan ada yg x menyusu ibu maka kenalah disusu botolkan budget pun makin bertambah mmm x pala asal sihat walafiat.

Raya korban hampir tiba, sudah ada yg bertanya kambing2 utk korban tapi kebanyakannya masih belum cukup umur dan terhad utk kegunaan sendiri. Plan nk sedekah sempena raya korban ni insyaAllah, kambingnya sudah dipilih jantan kacukan Boer/Jamna yg sihat dan boleh tahan besarnya, moga diberkati InsyaAllah.

Menjelang hujung tahun ni ada 3-4 ekor yg boleh disembelih utk tujuan akikah dan ada yg dah booking harap ianya berterusan la hendaknya.

Update lain...ayam2 kampung pun dah besar tunggu raya haji nak sembelih insyaAllah dan itik2 pun dh besar2 tunggu masa nk bertelur lps ni leh mkn telur masin non stop kikiki.........

Sekian update dari RDS Farm.....wasalam.

Thursday, September 29, 2011

Kambing Beranak Lagi.........

Salam All,

Alhamdulillah........dlm 2 -3 minggu ni ada 4-5 ekor kambing beranak lagi syukur..... cuma ada satu ibu yg lepas beranak trus x nak mkn dan kesihatannya makin teruk...maka tindakan menyembelih terpaksa diambil.

Kebelakangan ini pun ramai yg dtg ke kandang mencari kambing...ada yg nak sekor ada yg nak 3 ada gak yg nak 30 ekor. Tp belom masanya lagi.

Ok la nti citer lagi...target nak dpt 100 ekor by year end InsyaAllah.

Tuesday, August 2, 2011

100 ekor By Year End? Is Possible?Yessss.......

Salam all,

Lama dah gak x update blog ni...........baru blk kmpung last week tgk kmbing....kira punya kira ada dah 86 ekor alhamdulillah.....target skarg nk ada 100 ekor by year end.....doa-doakan ya...........

Kambing pun skarang x byk sgt masalah, cuma kuat mkn je hihihi.............pakcik pun dh start bela 200 ekor ayam kampung dgn 20 ekor itik serati...insyaAllah raya haji nanti adalah lauk utk mkn2...........

Yang lain biasa2 je cuma, anak pokok napier x brapa nak menjadi, ingat lps ni kena cari duit skit kena cr jentera gembur2kan tanah dgn bubuh baja dgn kapur moga lps ni cpt subur.

InsyaAllah jika semuanya berjalan lancar, by new year leh la start jual utk akikah dgn kenduri.

Sekian, wasalam............

Thursday, May 19, 2011

Update Terkini.....19 May 2011

Salam All,

Last week blk kmpung tgk kmbing smbil monitor kerja2 pembersihan longkang keliling kandang...alhamdulillah semua ok...tanah sebelah pun dh dibersihkan utk di tanam kelapa sawit. Hrp lps ni xde la hutan banat lg so beruk2 n ular swa xde la melingkar kat kandang hihiihh........

Wednesday, April 13, 2011

Alhamdulillah........

Salam all, Alhamdulillah, buat masa sekarang segalanya berjalan lancar. Kambing pun dah masuk 75 ekor alhamdulillah, makin byk mkn makin byk budget tp keseluruhannya kambing sihat2 semuanya. Sejak kebelakangan ni mmg bz ngan kj n study, hal kambing dpt follow skit2 je hrp aunty nd uncle ok jaga kambing2 tu....baka2 pun makin byk...anak2 yg baru lahir kuar mcm2 kaler ada yg putih ada yg kelabu, itam dan mcm2 kombinasi lain hihihi..... Hrap2 ujung tahun ni kambing bleh capai 100 ekor then leh start jual skit2 maintain leh cover duit makan etc... insyaAllah.... Sejak bilangan kambing dh byk ni, duit makan pun dh makin byk...senak gak dibuatnya tp digagahkan juga demi masa depan kambing2 ku, yang penting kambing2 sihat dan senang lenang di kandang hihi............. Ok jumpa lagi di lain masa, kalu ada kelapangan kita jmpa lg....InsyaAllah

Monday, February 28, 2011

Nak masuk bulan 3 dah?

Salam Semua,

Dah nk masuk dh bln 3 tahun 2011, sedar2 dh 3 bln thun baru ni blog x update2 hehehehe......

Alhamdulillah, saya br je balik kmpung minggu lps dan dapat melihat anak2 kambing yang baru lahir hampir 12 ekor semuanya. Melihat pada kelahiran2 yg lama sampai dah x ingat yang mana satu anak mana ibu. Alhamdulillah rezeki.

Anak2 kambing terdahulupun dah byk yang besar2 dan mengandung, buat masa sekarang dah 71 ekor semuanya, harap2 menjelang ujung tahun bilangan kambing bleh capai 100 ekor insyaAllah.

Nak pos skit pic yg baru utk tatapan bersama line plak lembab....nanti2 k...