Selamat Datang!





Projek Kandang ini dimulakan sejak bulan Ogos 2008. Bermula dengan 25 ekor kambing baka boer, dan sekarang jumlahnya sudah menjadi 93 ekor. Ini termasuklah baka jamnapari, feral dan katjang cross untuk tujuan akikah, korban dan lain-lain. Projek ini diusahakan secara solo, dengan bantuan ahli keluarga terdekat. Moga-moga berjaya hendaknya. Jika berminat untuk sama-sama belajar pasal kambing, nak beli kambing, nak kenal ngan tuan blog atau saja2 nk abiskan masa bersembang rajin2 kan lah tgn tu mendail 013-3676780 - Rizal hehehehehehe.................












Tuesday, December 27, 2011

Update Disember 2011

Salam Tahun baru,

Alhamdulillah dah nk masuk tahun baru, selamat tahun baru. Bercakap pasal tahun baru mesti x lari nk tanam azam baru, azam tahun 2011 dah capai ke? Bagi saya alhamdulillah, walaupun x dpt semuanya tapi syukur segalanya di tahap yang membanggakan.

Mula2 pasal target saya nak dpt 100 ekor kambing di RDS Farm di tahun 2011 ni....walaupun sekarang dah ada dlm 95 ekor....kalau masuk yg dah berjual dlm tahun ni 7-8 ekor maknanya memang dah ada 100 ekor la kambing saya tu. Namun niat dihati nak tgk 100 ekor ada dlm kandang mmmmmmm insyaAllah dlam 1-2 bulan ni kot......doa-doa kan ya.

Last week balik kampung antar susu utk anak kambing dgn jarum injet utk bg vitamin....bulan ni ari2 hujan...kawasan kandangpun penuh dgn air hujan...alhamdulillah anak2 kambing sihat je termasuk ibu2 n bapak2 pun ok....syukur segalanya ok.

Skarag baru lps musim durian di kampung...durian dah abis yg tinggal langsat, maggis dan buah kelapa sawit kikikiki......bercakap psl kelapa sawit ni....memang dah lama niat nk beli ladang kelapa sawit sendiri cuma budget belum ada lg...paling cantik ada dlm 4-5 ekar pun dah best tapi insyaAllah tu target selepas ni plak. Satu lagi di kawasan kandang, 2 pokok dokong sudah mula berbuah...buahnya masih lg hijau x dpt la nak merasa lagi. Walau mcm mn pun alhamdulillah ini kali pertama ianya berbuah dan buahnya besar2 geram plak tgk...nti saya upload pic dia insyaAllah.....

Minggu lepas juga saya dijemput oleh kwn baik dlm arena kambing En. Awie utk sama2 menghadiri meeting berkenaan penubuhan Persatuan Penternak Kambing Nasional (PPKN) di Petaling Jaya. Alhamdulillah sy amat berterima kasih atas jemputan ini kerana yg hadir terdiri dari Org2 Besar dlm arena kambing tetapi amat merendah diri. Bukan senang nak jumpa mereka ini dlm satu meeting. Antaranya org kuat Boden, Perfect Agro, Shamile Agro Farm, Pondok Tanjung termasuklah Awie dan Aizan serta lain2 lagi. Terasa saya ni amat kecik biler berada dgn heavyweight2 ni kerana mereka puratanya ada kambing melebihi 1000 ekor dgn tanah yang berpuluh ekar malah ada yg mencecah 100 ekar....pehhhhhh..........InsyaAllah saya juga mahu berjaya seperti mereka...Doakan ya.

Antara tujuan penubuhan PPKN ini adalah untuk memperkasakan lagi industri kambing di negara kita dengan membantu kerajaan mengawalselia kemasukan kambing2 dari luar, memberi khidmat nasihat dan membantu ahli2 mendapat baka2 terbaik dari kalangan ahli persatuan serta menjaga kepentingan industri kambing itu sendiri. Bukan lah ini hanya satu2nya persatuan kambing di negara kita tetapi kebanyakkan persatuan hanya bersifat kenegerian atau dikuasai individu tertentu yg bermotifkan monopoli. Saya secara peribadi amat menyokong penubuhan PPKN ini dan amat yakin dengan kesungguhan para heavyweight yang ada kerana siapalah saya jika dibandingkan mereka tetapi insyaAllah mungkin saya tidak ada 1000 ekor sekarang tetapi saya sedang menuju ke arah itu dan secara realitinya saya masih muda (35 thn - muda ke? kikiki....) dan byk lagi cabaran dan rintangan yg sedang menunggu dihadapan. Saya sentiasa berpegang kepada satu idea/pepatah lama (xsure dr mana) berbunyi kurang lebih begini 'I'm join in to contribute something, not to expect to get something'. Sebab itu, dgn tgn terbuka saya ingin menyumbang tenaga mahupun buah fikiran bg perkembangan PPKN khususnya dan industri kambing amnya.

Selepas bermesyuarat sambil makan2 roti jala dgn kuah kari daging boer Boden (its yummy), para heavyweight ada bersembang2 berkenaan industri kambing dari hal kecik2 hinggalah kepada hal yg besar2. Secara umumnya penternak kambing kecil2an dimonopoli oleh org india tetapi org melayu sudah mula mengusahakannya secara besar2an berkat galakkan dari kerajaan. Dikebelakangan ini, terdapat pengusaha2 berbangsa tionghua yg mula nampak potensi industri ini dgn memulakan penternakan susu kambing. Bukan dengki atau iri hati dgn perkembangan ini tetapi rata2nya bersetuju bahawa sifat golongan tersebut yg dari dulu menguasai sektor2 lain yg berani mengugut dan mengancam kerajaan seterusnya pengguna yg terancam dengan harga yg tidak masuk akal. Para heavyweight juga sentiasa berdepan dgn keangkuhan pihak2 ini yg memndang serong dgn keupayaan org melayu berniaga dan lebih mengutamakan warna kulit. Sebab itu, sifat menjaga bangsa sendiri perlu ada kerana di dalam setiap diri kita demi memastikan kita tidak terus mengikut telunjuk mereka. Memang di dalam bisnes perkara persaingan satu kemestian tetapi perlulah jujur dan saksama serta tidak ditindas sewenang-wenangnya.

Para heavyweight juga menyuarakan ketidakpuashatian terhadap layanan pihak Jabatan Veterinar yg tidak telus dlm memajukan sektor penternakan kambing. Byk penyelewangan yg berlaku depan mata tidak ditangani dgn sebaiknya dan ketirisan perbelanjaan dlm industri amat mengecewakan. Sebab itu, idea penubuhan ini perlu disegerakan dan perlu diterima oleh kerajaan sebagai satu badan yg membantu memantau sektor penternakan di negara ini selain dari Jabatan Veterinar dan Jabatan Pertanian.

InsyaAllah ianya akan jadi keyataan satu hari nanti.

Mmmmmm......byk dah ni membebel.....rasanya byk yg fakta dari yg karutkan? kikikiki.............

Sekali lagi....Selamat Tahun Baru 2012, moga ianya memberi lebih kerahmatan dan keberkatan kepada kita semua. InsyaAllah....

Wassalam.

p/s- Kepada kwn lama saya yg baru berjumpa semula selamat membaca ya.....hihihi............

1 comment:

  1. Salam..smuge trcpaila target 100ekor tu bro..haha..

    ReplyDelete