Selamat Datang!





Projek Kandang ini dimulakan sejak bulan Ogos 2008. Bermula dengan 25 ekor kambing baka boer, dan sekarang jumlahnya sudah menjadi 93 ekor. Ini termasuklah baka jamnapari, feral dan katjang cross untuk tujuan akikah, korban dan lain-lain. Projek ini diusahakan secara solo, dengan bantuan ahli keluarga terdekat. Moga-moga berjaya hendaknya. Jika berminat untuk sama-sama belajar pasal kambing, nak beli kambing, nak kenal ngan tuan blog atau saja2 nk abiskan masa bersembang rajin2 kan lah tgn tu mendail 013-3676780 - Rizal hehehehehehe.................












Wednesday, December 29, 2010

Azam Tahun Baru 2011

Salam All,

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar walaupun ada sedikit sebanyak halangan di kandang. Buat ms sekarang dh nk masuk 70 ekor kambing di kandang dengan kelahiran baru sebanyak 13 ekor..alhamdulillah. Walaupun ada beberapa kematian anak kambing di kandang, namun semangat utk meneruskan usha ini tetap utuh.

Sejak kebelakangan ini, ramai yg dtg ke kandang mengusha2 anak2 kambing utk dibeli tetapi kebanyakkannya menawarkan harga yg rendah dan tidak berbaloi, takpa la mungkin belum rezeki saya lg.

Alhamdulillah, minggu lps sy pulang ke kampung melihat anak2 kmbing sedang aktif berlari-larian di sekitar kandang walau pun musim hujan. Beberapa perkara yg dpt diselesaikan antaranya menyembelih 60 ekor ayam kampung hasil pesanan kwn2 opis dan alhamdulillah semuanya telah selamat di serahkan kepada kawan2.

Sekarang ni musim hujan, so kambing2 pun ada yg selsema, batuk2 tetapi tidak la membimbangkan, anak2 kambing pun nmpaknya ok je cuma x la gemuk2 mcm 1st batch dulu, mungkin kerana ibu2nya sudah pndai menyusu dan susu tepung tidak lagi menjadi sajian utama mereka dapatla jugak save budget hehehehehe...........

Minggu lepas, pihak Veterinar ada menelefon menawarkan 21 ekor kambing biri2 tetapi terpaksa ditolak kerana faktor kandang yg makin sempit dan ibu2 yg sedang sarat mengandung. Insyallah kalu ada rezeki tahun depan pulak boleh la difikirkan.

Maha 2010 - Alhamdulillah hari terakhir Maha dapat juga pegi dan melawat rakan2 yg mengambil bahagian, niat dihati tahun 2012 saya pun nk join sekali, dpat la bersembang dgn rakan penternak yg lain ada yg br menternak ada yg dah lama macam2 cerita. Banyak juga shopping dengan pokok jambu batunya, air sarang burung dan mcm2 lg. Memang enjoy dpt mkn kmbing bakar, sandwich daging lembu, buah nangka, manggo dan mcm2 lagi.

InsyaAllah di tahun 2011 yg bakal menjelang, perjuangan penternakan akan diteruskan dengan harapan dapat menambah bilangan kambing, ayam kampung, itik, angsa dan lain-lain. Doakan ya.

Moga tahun 2011 memberi sinar baru kepada penternak kecil-kecilan seperti saya utk terus maju kehadapan, insyaAllah.

Moga bertemu di masa akan datang.

Wassalam.

Thursday, October 7, 2010

Buzy nya...hehehhe

Salam All,

Lamanya x update blog ni....rasa segan pun ada, maklum la sejak puasa hingga raya dan nak abis raya ni sibuk je memanjang. Tambah2 dh nak masuk musim exam dengan assignment melambak2 rasanya x cukup tgn nk pikul semuanya hehehehehe.............

Alhamdulillah, semua kambing sihat walafiat dah ada 55 ekor semuanya...semua kuat makan hehehhehe..........kambing sihat tuan pun senang hati hehehehhe......buat masa sekarang dah dekat sebulan x tgk kambing di kampung sebab bz sgt2 tp semua ok so x la risau sgt hehehehe.....

InsyaAllah menjelang pertengahan bulan 11 semua akan reda balik dh harap2 masa tu bleh menjenguk kambing2 yang ada insyaAllah.....

Salammm.............

Monday, August 16, 2010

Perkhabaran Terbaru Dari RDS Farm

Salam semua,

Semalam beberapa update terbaru dapat dikhabarkan berlaku di RDS Farm antaranya anak2 kambing bagi batch terbaru ini telah bertambah menjadi 11 ekor semuanya termasuk 2 kelahiran kembar (4 ekor) sementara beberapa ekor ibu masih lagi menunggu giliran untuk bersalin. Alhamdulillah kesemua ibu dan anak berada di dalam sihat walafiat cuma ada yang dijangkiti selsema sikit yang tidak membimbangkan. InsyaAllah, minggu raya nanti penuh la anak2 kambing bermain-main di sekitar kandang dan dapatla anak2 sedara bermain2 dengan anak2 kambing pada raya tahun ini.

Alhamdulillah juga, ayam2 kampung juga nampaknya semakin membesar dan sihat walaupun baru pertama kali operasi secara besar-besaran dimulakan pada pertengahan Julai 2010(tgh pikir cam ner nak market hehehehe). Harap2 proses membiasakan diri dengan keadaan ayam2 kampung untuk batch2 yang akan datang. Doakan ya.

Sudah 2 hari hujan lebat melanda ladang RDS Farm dan harap2 kambing2 tidak demam kerana keadaan ini. Ini kerana memang menjadi kebiasaan penghujung bln 8 hingga ke bulan 12 musim tengkujuh dan kadang2 banjir pulak kawasan kandang. Harap2 tahun ni x la banjir sebab kesian kat kambing dgn ayam2 kampung hehehehhe..........walau macam mana pun kita berserah pada yang maha Esa........

Satu lagi berita yg diterima smalam ialah ada pihak yang sangat berminat pada anak2 kambing (8 bulan) Boer 1st generation yang kesemuanya berjumlah 13 ekor. Ada antaranya yg sedang berbadan dua. Pihak yang berminat itu dikhabarkan dari Ipoh dan sudah mempunyai kandang kambingnya sendiri. Kadang2 terfikir juga mengapa kambing saya jadi pilihan? mungkin sebab agaknya batch 1st generation di RDS Farm sihat2 belaka, saya sendiri memang tak terlarat menggendong anak2 kambing ini kerana saiz yang besar2. Mmmmm rasa sayang mcm anak sendiri pun ada sebab mereka lah yang membuat saya semangat untuk meneruskan operasi RDS Farm ini. Bila melihat keletah dan kemanjaan mereka, hilang segala penat lelah dan masalah2 di luar sana. Biler difikir-fikirkan tujuan asal saya dulu menceburi penternakan kambing ini, sekarang rasanya masih jauh lagi perjalanan saya untuk berjaya, tetapi saya puas dengan apa yang ada, kalau dulu asyik layan dan usha kambing kawan2 di De Kebun atau di Banting milik Mbah Am, kini saya dah boleh melayan kambing2 sendiri walaupun x banyak macam mereka. Lagi best biler orang lain pulak usha kambing saya nak beli hehehehehehhe.....insyaAllah sampai masanya anak2 kambing tu saya akan jual ye tapi mungkin bukan dalam waktu terdekat ini.

Bulan Ogos ni cukup 2 tahun RDS Farm ditubuhkan dan berbagai2 perkara yang diduga dan x diduga berlaku, namun semua ini mematangkan saya dalam dunia penternakan dan perniagaan. Masa dulu2 nak usahakan kambing ni target lepas 2-3 tahun dah boleh sustain sendiri maksudnya dah boleh buat duit skit, tapi benarlah kata kawan2 yang sudah lama membela kambing, 2-3 tahun sebenarnya tidak cukup tambahan lagi kita yang baru nk belajar membela kambing ni. Tapi apa pun saya tetap boleh berbangga dengan apa yang ada di RDS Farm hari ini, dari sebuah tanah kosong yang semak samun penuh dgn hutan banat saya bersihkan pelan2 dgn niat nk bela kambing. Alhamdulillah, saya pasangkan pagar keliling ladang, naikkan kandang kambing, rumah pekerja, rumah ayam kampung, rumah itik dan angsa dan tempat proses baja. Semuanya atas usaha dan titik peluh sendiri. Rasanya itulah antara 3 tahun terbaik dalam hidup saya hehehhhehe...............

Mmmmm byk jugak saya membebel ek? ok stop dulu.....nanti2 kita sembang2 lagi... ada plan pasal kambing nak criter lepas ni...... harap2 lps ni dapat dilaksanakan...insyaAllah.

Wasalam.

Thursday, August 12, 2010

Khasiat Susu Dan Daging Kambing

Salam All,

Bersama2 ini saya lampirkan penerangan dari penulis berkenaan khasiat susu dan daging kambing. Moga dapat membantu kita memahaminya.

Ditulis Oleh: Hydzelan bin Hashim Isnin, 04 Februari 2008

Kambing atau nama saintifiknya Capra Aegagrus merupakan spesis mamalia yang dipelihara sebagai ternakan. Terdapat juga kambing liar yang tinggal di kawasan berbukit dikenali sebagai kambing gurun dan ia merupakan haiwan yang dilindungi. Kambing adalah haiwan pemakan daun atau maun.Makanan utamanya adalah rumput-rampai dan dedaun pokok. Seekor kambing dewasa memerlukan 4 – 5 kg rumput segar sehari. Penjagaan makanan amat perlu dititikberatkan. Ini kerana, selain daripada aspek pencemaran habitat (persekitaran kandang), kebanyakan penyakit yang dihidapi oleh seekor kambing adalah berpunca daripada pencemaran makanannya sendiri. Oleh itu, pemberian makanan yang seimbang perlulah difahami agar kesihatan dan kecergasan kambing dapat sentiasa dikekalkan. Jenis-jenis makanan yang boleh diberikan perlulah dirujuk terlebih dahulu dengan penternak yang telah sedia ada. Ini kerana makanan yang diberikan oleh setiap penternak dan kandang adalah berbeza.Kambing membiak dengan cara melahirkan anak dan menjaga anaknya sehingga dewasa. Penjagaan yang rapi serta betul perlulah diberikan sewaktu kambing ingin melahirkan anak. Tindakan-tindakan kambing sewaktu melahirkan anak dan selepas melahirkan anak ada menunjukkan perbezaan. Namun, terdapat juga kambing yang kurang mahir menjaga anak yang baru dilahirkan kerana keletihan terutamanya bagi kambing bunting kali pertama. Kolestrum atau susu awal amat penting bagi anak kambing yang baru dilahirkan. Sekiranya ibu kambing mati, ibu kambing tumpang mesti disediakan bagi memastikan anak tersebut mendapat kolestrum. Jika proses penyediaan ibu tumpang tidak berjaya, penternak perlu berperanan lebih aktif dengan memerah susu ibu tumpang untuk diisikan dalam botol susu lalu diberikan kepada anak kambing itu.Jika dirujuk kepada kitab-kitab kisah para Anbiya’, ternyata sekali ternakan kambing adalah salah satu sunnah dalam kehidupan para ‘Anbiya seperti Nabi Syuib, Nabi Musa dan Nabi Muhammad. Dalam kitab Qasas al-Anbiya, Ibn Katsir menyatakan anak nabi Adam, Habil merupakan penternak kambing yang pertama di muka dunia. Dalam sebuah mafhum hadis yang sanadnya disandarkan kepada Said al-Khudri menyatakan bahawa Rasulullah pernah bersabda, “Akan tiba suatu masa dimana kambing merupakan sebaik-baik harta bagi orang Islam. Orang Islam akan memeliharanya di puncak-puncak bukit dan di lembah-lembah, hidup terpencil dari masyarakat demi memelihara agama daripada ditimpa bencana”. Malah menurut Abdulah bin Mas’ud semasa beliau bertugas sebagai gembala kambing milik Utbah bin Mu’aith, susu kambing segar merupakan minuman kegemaran Rasulullah dan baginda meminumnya secara langsung setelah diperah dari tetek kambing betina. Secara tidak langsung, semua fakta ini menunjukkan betapa kambing itu merupakan satu kepentingan asasi dalam kehidupan manusia.Selain daripada tanduk dan kulitnya yang boleh dijadikan perhiasan, kambing juga merupakan sumber utama susu (white gold) yang berkhasiat dan daging yang berzat (red gold) jika dibandingkan dengan spesis ternakan lain seperti lembu, kerbau dan unta. Susu kambing adalah makanan semulajadi berkhasiat yang diperlukan untuk kesihatan badan seharian. Ianya sesuai untuk semua lapisan umur. Susu ini boleh diminum panas atau sejuk malah boleh dibuat dadih, ais krim, keju dan mentega. Pada masa sekarang industri kosmetik mengeluarkan berbagai produk berasaskan susu kambing seperti syampu, krim muka, sabun, pewangi dan juga krim pencukur.

Antara keistimewaannya ialah:-• Mengandungi protein, enzim dan vitamin A yang baik untuk mata serta vitamin D untuk menguatkan tulang.• Mengandungi faktor anti-antritis (inflamasi sendi) dan anti barah.• Diperakui oleh pakar-pakar kesihatan bahawa susu ini boleh mengubati demam kuning, penyakit kulit, gastrik, lelah (asma), insomnia dan ulcer.• Mudah dihadam kerana zarah lemaknya lebih kecil.• Khasiat susu kambing yang disimpan sejuk atau sejuk beku tidak akan berubah kualitinya.

Lantaran ini susu kambing merupakan ubat atau penawar berkesan bagi penyakit-penyakit seperti:-o Demam kuning (jaundis)o Penyakit Asma (lelah)o Gastrik dan ulser peruto Eczema (penyakit kulit)o Migrain (sakit kepala)o Mengetatkan kemaluan wanita (faraj)o Menguatkan tulangSementara daging kambing atau chevon (red gold) yang berzat lagi sedap dimakan dikenali sebagai “naturally occuring health meat” yang memiliki ciri-ciri berikut, iaitu:-• Kalori rendah• Kadar lemak rendah• Nisbah lemak tidak tepu/lemak tepu tinggi• Kandungan kolestrol rendah• HDL-C tinggi dan LDL-C adalah rendah• Mampu menghindari penyakit jantung sebagaimana yang dinyatakan oleh Dr.John R.Addrizzo (MD) dalam artikelnya, “Use of Goat Milk and Goat Meat as Therapeutic Aids in Cardiovascular Diseases”• Menurut kajian Dr.Peter J.D’Adamo – daging kambing amat sesuai untuk jenis darah ‘O’, ‘B’, dan ‘AB’ yang dimiliki oleh seramai 75% rakyat Malaysia.

Friday, August 6, 2010

Kelahiran Kembar Terbaru

Alhamdulillah...syukur....syukur.......semalam RDS Farm mendapat khabar gembira apabila sepasang kembar telah selamat dilahirkan di kandang pagi semalam, pasangan kembar terbaru bagi batch ini. Berita ini tentunya menggembirakan kerana 3 kelahiran terbaru sebelum ini masing2 single/sekor2. Apa pun picture masih belum ada kerana perkhabaran hanya melalui sms moga2 anak dan ibunya sihat walafiat. Doakan moga ibu2 yang sedang mengandung pun melahirkan anak2 kembar insyaAllah. Amin...........

Wednesday, August 4, 2010

Musim Beranak Datang Lagi...Alhamdulillah

Salam All,

Minggu lepas ada kesempatan balik kampung tgk kambing dan progress extension kandang dan reban ayam dah 90% siap... tapi nampaknya masih kelam kabut lagi sebab kambing2 pun dah start beranak. Alhamdulillah last week dapat 3 ekor kambing lagi yang baru beranak berlainan ibu...belum ada rezeki kembar nampaknya... apa2 pun ibu2 kambing sihat anak2 pun ok. Apa yang menarik kesemua anak yang baru lahir adalah jantan dengan 2 ekor berkepala coklat dan 1 ekor berwarna kelabu coklat seluruh badan.....bapaknya feral kot macam red boer pun ada hehehehehe.................

Bercakap pasal kambing jugak.......ibu2 yang lain pun nampaknya dah sarat tunggu masa nk beranak....ubat2 dan keperluan susu dan vitamin juga sudah saya stand by...rasanya batch kedua ini saya lebih bersedia dari batch sebelumnya. Harap2 bakal2 baby akan sihat dan ibu2 pun gembira hendaknya. Dalam bahasa yang mudah...kalau kambing2 saya sihat dan gembira dah tentulah tuannya pun happy hehehhehe...........

Selain dari melihat anak2 kambing yg baru lahir, minggu lepas jugak diadakan kenduri utk menyambut puasa dan akikah utk anak pakcik saya...seekor lagi kambing feral ditumbangkan dgn jayanya. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, byk yg suker dengan daging feral ni, tengah bersiap2 nak sembelih tu ada yg bertanya berapa ribu beli kambing ni? terkejut gak saya sbb saya x penah plak jual kambing sampai seribu...selamba je jawab RM650 ramai yang terkejut agaknya sebab murah. Entahlah niat saya nk berniaga kambing pun untuk kemudahan org2 kampung dan memberikan daging yang lebih baik sambil niat berniaga sambil sedekah moga2 Allah terima niat saya itu.

Satu lagi projek yang terbaru di ladang RDS Farm adalah projek penternakan ayam kampung. Projek ini diusahakan oleh pakcik saya dengan permulaan sebanyak 300 ekor kesemuanya. Masih baru dan segalanya masih menggunakan kaedah cuba2..harapnya percubaan ini dapat memberikan pengalaman berguna kepada kami untuk mengusahakannya dengan lebih agresif di masa depan. Doakan ya.

Alhamdulillah, itik2 yang saya bela sejak awal tahun ini bertelur lagi, telurnya bersepah2 di kawasan ladang dan dikutip untuk dijadikan telur masin dan sesuai sgt la nk menjelang puasa ni. Memandangkan itik2 ni pun dah besar, satu kolam takungan bg itik2 bermain air telah disiapkan...harap2 dorang enjoy hehehehhe...........

RDS Farm juga mengalu-alukan kedatangan 4 ekor angsa dewasa (3 betina 1 jantan) yang baru dibeli dari rakan penternak unggas di Taiping. Sihat2 dan garang2 angsanya hehehhehe......lupa pulak nk snap pic dorang ......insyaAllah ada rezeki next trip balik kmpung saya usahakan pic tu ya.

Bersama2 ini disertakan picture terbaru dari ladang RDS Farm...moga sentiasa dirahmati dan diberkati....InsyaAllah.

Wasalam.

Monday, July 12, 2010

World Cup Fever .....is Over.........hehehehe

Salam all again,

Demam bola dah abis........demam kambing x kebah2 hehehehehe.......saja la nk sembang bukan ada kena mengena pasal bola pun cuma nk cerita skit pasal aktiviti kandang minggu lepas.

Pagi Sabtu lepas on the way balik kampung dari Shah Alam, tringat nk beli anak angsa untuk diletakkan di kandang sebab ramai yg cari angsa skarang ni tp malangnya pusing2 pekan Sabak Bernam dan Sg. Besar x jumpa plak.....agaknya mmg susah nk cari hehehehehe........

Takpa lah.......trus shoot g Teluk Intan bli pallet soya 10 beg untuk kambing then g Langkap cari kayu 2 nd hand utk but extension kandang....lebur lg duit apa nak buat hehehhehe.............

Settle sumer trus shoot ke kandang x sabar nk tgk latest baby katjang cross yg baru lahir last week.....memang comel kambing ni........nak bg nama apa ek?? mmm terpikir pasal world cup nk namakan sempena world cup ........Netherlands? Spain? Sneider? Klose? adus mmg x reti la.......

Selain kambing yg br lahir, ada gak 2 ekor kambing feral yg br dibeli last week, saiz sederhana jer sekor putih sekor belang hitam putih kelabu........harap2 kambing ni ada yg bli sempena nk puasa ni...insyaAllah.

Masuk ari ahad, pagi2 lg dh ada di kandang cuci2 apa yang patut, tgk kambing2 yang tgh pregnant, besar2 betul perut dorang.....harap2 dapat kembar2 biler lahir nanti..doakan ya.

Ari ahad pun sibuk bertukang membukak rumah lama yang di beli yang lokasinya hanya sebelah kandang je tapi kerja membongkar rumah ni memang memenatkan...tapi tetap berbaloi dgn harga yang ditawarkan jauh lebih murah kalau dibandingkan dengan kedai kayu 2nd hand. Kerja2 membukak tiang2 utama perlu dilakukan kurang2 3 orang bagi memastikan tiang2 tidak jatuh mengenai rumah sebelah dan alhamdulillah semua tiang selamat diturunkan dan dipindahkan dengan selamat.......puiiissss......... lega........

Sebelah petang plak...sibuk mengupgred kandang utk dibahagi2 kan kepada kotak2 kecil dengan tujuan supaya kambing2 tidak bergaduh sesama sendiri memandangkan pengalaman lalu biler ada yang gaduh berlaku keguguran yang tentunya merugikan.......kerja2 membuat kotak selesai pukul 5.30 petang dengan 6 kotak dapat disiapkan. InsyaAllah, tukang kayu akan siapkan lagi 9 kotak ari ini dan esok. Lepas ni, kambing2 akan hidup aman di dalam kotak masing2 sehingga anak2 kambing dilahirkan.

Sekian buat waktu ini.......wassalam.

Wednesday, June 30, 2010

New Born at RDSFarm

Alhamdulillah........berita gembira buat saya.

Kambing betina Katjang Cross yang baru saya beli last saturday baru je melahirkan seekor anak jantan semalam kul 12.00 tengah hari. Memang x sangka cepat btul beranak (trima kasih Awie)... harap2 anak dia boleh survive hidup... doa2 kan ya... buat masa skarang, maknya ok jer xde masalah.

Semoga dengan kehadiran anak kambing Katjang Cross ini akan menceriakan lagi suasana kandang dan membawa rezeki kepada kita semua... InsyaAllah.

Amin....

Tuesday, June 29, 2010

Aktiviti di RDS Farm...

Salam,

Ni antara aktiviti2 yg dapat dilihat di RDS Farm...

acara makan beramai2...

acara bermain pokok pisang beramai2...

dan acara jalan itik beramai2...

Newborns...

Salam...

Ni pulak gambar2 anak2 kambing yang baru lahir...





errr... yang ni process buat anak kambing kot?

Monday, June 28, 2010

Hari Baru ...Azam Baru

Salamz..........

Firstly, timer kasih kat Lisa sbb upgrade kan blog I ya, nanti i banjer mkn hotdog k...... hehehhehehe (psssttt... lisa xmoh hotdog... sila banjer lisa chicken salad ye! edited by LieYSSa)

Hari ni baru masuk opis dah msuk blog kekekekeke.... nak citer skit pasal perkembangan kandang. Sabtu lepas balik kampung tgk kambing, saya beli lagi 2 ekor kambing cross katjang untuk menambahkan koleksi dan variasi di kandang. Kambing cross ni saya dah usha agak lama tapi br bli sbb nak test matket dulu, sekor jantan sekor betina, yang betina tgh pregnant alhamdulillah rezeki Allah nak bg dan yang jantan br 6 bulan. Kambing ni saya bli dgn member gak Awie namanya....eh bukan penyanyi tu ni Awie si gembala kambing hehehehhe.....

Bercerita pasal Awie ni memang interesting sbb dia org yg frenly dan hands on dengan penternakan kambing. Hampir segala cerita pasal kambing dia tau dan x lokek ilmu dikongsi bersama. Yang pasti dia memang berani dan bercita-cita tinggi orangnya, lepas graduate trus bela kambing tanpa ilmu tapi kesungguhan dan semangat yang beliau ditunjukkan memang mengagumkan. Dari hanya 20-30 ekor dahulu, skarang dah ada hampir 200 ekor, itupun selepas beratus ekor sudah dijual ke pasaran. Itupun mengikut katanya berpuluh2 permintaan terhadap kambing x dapat ditunaikan kerana kambing belum cukup umur dah kena sebat dek pembeli.....memang mengagumkan.....macam ni la semangat dan contoh penternak yang kita kena ikut dan belajar..tambah2 dia x kedekut ilmu....InsyaAllah.... sayapun nak jadi mcm Awie sambil nyanyi lagu Sejati......itu yang kau ucapkan hehehheehhe.............

Nak post gambar x bleh plak kat opis nie hehehhee...........

Tuesday, June 22, 2010

Truja Beb...

Salam again...

Teruja plak nk post picture kat blog ni hehehehhe...





SELAMAT DATANG KE DUNIA RDS

Salam Semua,

Saya br je mencuba2 membina blog ni untuk tatapan kwn2, sedara mara dan rakan niaga. Harap ianya menjadi satu permulaan yang manis dan berjaya di kemudian hari. InsyaAllah saya akan masukkan sejarah dan perkembangan terbaru berkenaan ladang saya.

Segala komen dan pandangan dari anda amat dihargai.

Salamzzzz........