Selamat Datang!





Projek Kandang ini dimulakan sejak bulan Ogos 2008. Bermula dengan 25 ekor kambing baka boer, dan sekarang jumlahnya sudah menjadi 93 ekor. Ini termasuklah baka jamnapari, feral dan katjang cross untuk tujuan akikah, korban dan lain-lain. Projek ini diusahakan secara solo, dengan bantuan ahli keluarga terdekat. Moga-moga berjaya hendaknya. Jika berminat untuk sama-sama belajar pasal kambing, nak beli kambing, nak kenal ngan tuan blog atau saja2 nk abiskan masa bersembang rajin2 kan lah tgn tu mendail 013-3676780 - Rizal hehehehehehe.................












Monday, August 16, 2010

Perkhabaran Terbaru Dari RDS Farm

Salam semua,

Semalam beberapa update terbaru dapat dikhabarkan berlaku di RDS Farm antaranya anak2 kambing bagi batch terbaru ini telah bertambah menjadi 11 ekor semuanya termasuk 2 kelahiran kembar (4 ekor) sementara beberapa ekor ibu masih lagi menunggu giliran untuk bersalin. Alhamdulillah kesemua ibu dan anak berada di dalam sihat walafiat cuma ada yang dijangkiti selsema sikit yang tidak membimbangkan. InsyaAllah, minggu raya nanti penuh la anak2 kambing bermain-main di sekitar kandang dan dapatla anak2 sedara bermain2 dengan anak2 kambing pada raya tahun ini.

Alhamdulillah juga, ayam2 kampung juga nampaknya semakin membesar dan sihat walaupun baru pertama kali operasi secara besar-besaran dimulakan pada pertengahan Julai 2010(tgh pikir cam ner nak market hehehehe). Harap2 proses membiasakan diri dengan keadaan ayam2 kampung untuk batch2 yang akan datang. Doakan ya.

Sudah 2 hari hujan lebat melanda ladang RDS Farm dan harap2 kambing2 tidak demam kerana keadaan ini. Ini kerana memang menjadi kebiasaan penghujung bln 8 hingga ke bulan 12 musim tengkujuh dan kadang2 banjir pulak kawasan kandang. Harap2 tahun ni x la banjir sebab kesian kat kambing dgn ayam2 kampung hehehehhe..........walau macam mana pun kita berserah pada yang maha Esa........

Satu lagi berita yg diterima smalam ialah ada pihak yang sangat berminat pada anak2 kambing (8 bulan) Boer 1st generation yang kesemuanya berjumlah 13 ekor. Ada antaranya yg sedang berbadan dua. Pihak yang berminat itu dikhabarkan dari Ipoh dan sudah mempunyai kandang kambingnya sendiri. Kadang2 terfikir juga mengapa kambing saya jadi pilihan? mungkin sebab agaknya batch 1st generation di RDS Farm sihat2 belaka, saya sendiri memang tak terlarat menggendong anak2 kambing ini kerana saiz yang besar2. Mmmmm rasa sayang mcm anak sendiri pun ada sebab mereka lah yang membuat saya semangat untuk meneruskan operasi RDS Farm ini. Bila melihat keletah dan kemanjaan mereka, hilang segala penat lelah dan masalah2 di luar sana. Biler difikir-fikirkan tujuan asal saya dulu menceburi penternakan kambing ini, sekarang rasanya masih jauh lagi perjalanan saya untuk berjaya, tetapi saya puas dengan apa yang ada, kalau dulu asyik layan dan usha kambing kawan2 di De Kebun atau di Banting milik Mbah Am, kini saya dah boleh melayan kambing2 sendiri walaupun x banyak macam mereka. Lagi best biler orang lain pulak usha kambing saya nak beli hehehehehehhe.....insyaAllah sampai masanya anak2 kambing tu saya akan jual ye tapi mungkin bukan dalam waktu terdekat ini.

Bulan Ogos ni cukup 2 tahun RDS Farm ditubuhkan dan berbagai2 perkara yang diduga dan x diduga berlaku, namun semua ini mematangkan saya dalam dunia penternakan dan perniagaan. Masa dulu2 nak usahakan kambing ni target lepas 2-3 tahun dah boleh sustain sendiri maksudnya dah boleh buat duit skit, tapi benarlah kata kawan2 yang sudah lama membela kambing, 2-3 tahun sebenarnya tidak cukup tambahan lagi kita yang baru nk belajar membela kambing ni. Tapi apa pun saya tetap boleh berbangga dengan apa yang ada di RDS Farm hari ini, dari sebuah tanah kosong yang semak samun penuh dgn hutan banat saya bersihkan pelan2 dgn niat nk bela kambing. Alhamdulillah, saya pasangkan pagar keliling ladang, naikkan kandang kambing, rumah pekerja, rumah ayam kampung, rumah itik dan angsa dan tempat proses baja. Semuanya atas usaha dan titik peluh sendiri. Rasanya itulah antara 3 tahun terbaik dalam hidup saya hehehhhehe...............

Mmmmm byk jugak saya membebel ek? ok stop dulu.....nanti2 kita sembang2 lagi... ada plan pasal kambing nak criter lepas ni...... harap2 lps ni dapat dilaksanakan...insyaAllah.

Wasalam.

No comments:

Post a Comment