Selamat Datang!





Projek Kandang ini dimulakan sejak bulan Ogos 2008. Bermula dengan 25 ekor kambing baka boer, dan sekarang jumlahnya sudah menjadi 93 ekor. Ini termasuklah baka jamnapari, feral dan katjang cross untuk tujuan akikah, korban dan lain-lain. Projek ini diusahakan secara solo, dengan bantuan ahli keluarga terdekat. Moga-moga berjaya hendaknya. Jika berminat untuk sama-sama belajar pasal kambing, nak beli kambing, nak kenal ngan tuan blog atau saja2 nk abiskan masa bersembang rajin2 kan lah tgn tu mendail 013-3676780 - Rizal hehehehehehe.................












Wednesday, August 4, 2010

Musim Beranak Datang Lagi...Alhamdulillah

Salam All,

Minggu lepas ada kesempatan balik kampung tgk kambing dan progress extension kandang dan reban ayam dah 90% siap... tapi nampaknya masih kelam kabut lagi sebab kambing2 pun dah start beranak. Alhamdulillah last week dapat 3 ekor kambing lagi yang baru beranak berlainan ibu...belum ada rezeki kembar nampaknya... apa2 pun ibu2 kambing sihat anak2 pun ok. Apa yang menarik kesemua anak yang baru lahir adalah jantan dengan 2 ekor berkepala coklat dan 1 ekor berwarna kelabu coklat seluruh badan.....bapaknya feral kot macam red boer pun ada hehehehehe.................

Bercakap pasal kambing jugak.......ibu2 yang lain pun nampaknya dah sarat tunggu masa nk beranak....ubat2 dan keperluan susu dan vitamin juga sudah saya stand by...rasanya batch kedua ini saya lebih bersedia dari batch sebelumnya. Harap2 bakal2 baby akan sihat dan ibu2 pun gembira hendaknya. Dalam bahasa yang mudah...kalau kambing2 saya sihat dan gembira dah tentulah tuannya pun happy hehehhehe...........

Selain dari melihat anak2 kambing yg baru lahir, minggu lepas jugak diadakan kenduri utk menyambut puasa dan akikah utk anak pakcik saya...seekor lagi kambing feral ditumbangkan dgn jayanya. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, byk yg suker dengan daging feral ni, tengah bersiap2 nak sembelih tu ada yg bertanya berapa ribu beli kambing ni? terkejut gak saya sbb saya x penah plak jual kambing sampai seribu...selamba je jawab RM650 ramai yang terkejut agaknya sebab murah. Entahlah niat saya nk berniaga kambing pun untuk kemudahan org2 kampung dan memberikan daging yang lebih baik sambil niat berniaga sambil sedekah moga2 Allah terima niat saya itu.

Satu lagi projek yang terbaru di ladang RDS Farm adalah projek penternakan ayam kampung. Projek ini diusahakan oleh pakcik saya dengan permulaan sebanyak 300 ekor kesemuanya. Masih baru dan segalanya masih menggunakan kaedah cuba2..harapnya percubaan ini dapat memberikan pengalaman berguna kepada kami untuk mengusahakannya dengan lebih agresif di masa depan. Doakan ya.

Alhamdulillah, itik2 yang saya bela sejak awal tahun ini bertelur lagi, telurnya bersepah2 di kawasan ladang dan dikutip untuk dijadikan telur masin dan sesuai sgt la nk menjelang puasa ni. Memandangkan itik2 ni pun dah besar, satu kolam takungan bg itik2 bermain air telah disiapkan...harap2 dorang enjoy hehehehhe...........

RDS Farm juga mengalu-alukan kedatangan 4 ekor angsa dewasa (3 betina 1 jantan) yang baru dibeli dari rakan penternak unggas di Taiping. Sihat2 dan garang2 angsanya hehehhehe......lupa pulak nk snap pic dorang ......insyaAllah ada rezeki next trip balik kmpung saya usahakan pic tu ya.

Bersama2 ini disertakan picture terbaru dari ladang RDS Farm...moga sentiasa dirahmati dan diberkati....InsyaAllah.

Wasalam.

No comments:

Post a Comment