Selamat Datang!





Projek Kandang ini dimulakan sejak bulan Ogos 2008. Bermula dengan 25 ekor kambing baka boer, dan sekarang jumlahnya sudah menjadi 93 ekor. Ini termasuklah baka jamnapari, feral dan katjang cross untuk tujuan akikah, korban dan lain-lain. Projek ini diusahakan secara solo, dengan bantuan ahli keluarga terdekat. Moga-moga berjaya hendaknya. Jika berminat untuk sama-sama belajar pasal kambing, nak beli kambing, nak kenal ngan tuan blog atau saja2 nk abiskan masa bersembang rajin2 kan lah tgn tu mendail 013-3676780 - Rizal hehehehehehe.................












Saturday, October 29, 2011

Update Kandang........Pening-pening.......

Salam semua,

Alhamdulillah, projek menaik taraf kandang telah siap sepenuhnya minggu lepas, senangla pengurusan anak2 kambing lps ni. Moga kambing2 makin selesa dgn pengubahsuaian yang dilakukan dan tempat mkn yg lebih sistematik dan kandang ibu2 yang bunting lebih selesa.

Cuma, saya agak ralat dengan tukang kayu yang memang tidak profesional dlm bab upah seperti mana dipersetujui sebelum ini. Memang niat dihati ingin membantu org kampung dlm kerja2 membaiki kandang dan upah telahpun dipersetujui sebelum ini dan masing2 bersetuju dengan harga yg ditetapkan tetapi malangnya setelah siap kandang upah yang diminta 3 kali ganda dari harga asal yang mana memang menyakitkan hati saya. Malu rasanya ingin bercerita tentang keburukan tukang kayu/org kita malah sesama melayu. Persetujuan yang dicapai sebelum ini langsung tidak diambil kira malahan ingin mengheret saya ke balai polis jika harga yang diminta tidak dipenuhi. MasyaAllah. Ugut mengugut jelas dalam sms yg dikirimkan kepada saya. Kalau diikutkan mahu saja saya laporkan kepada pihak polis tapi mengenangkan org kampung dengan tidak ada pelajaran (bukan menghina tp kenyataan) sifat ingin mengambil kesempatan atas kebaikan org lain dan tidak menghormati persetujuan sebelum ini jelas mengecewakan saya. Maaflah memang selepas ini memang saya serik ingin mengupah org kampung membuat kerja2 kandang. Duit memang boleh dicari tetapi kepercayaan tidak boleh dijual beli. Buat kata makcik saya, biarlah dia kaya dengan duit yg x seberapa tu, Allah saja yang dapat membalasnya. Saya tutup buku dengan org kampung, tiada lagi peluang bekerjasama di masa hadapan.

Kadang-kadang terdetik di hati saya, sampai bila org kita nak maju kalau sifat menindas dan ugut mengugut masih menebal dalam diri org kita? sifat iri hati melihat kejayaan org lain tetapi tidak mahu memajukan diri sendiri untuk masa depan. Entahlah, moga Allah SWT kuatkan azam dan keyakinan saya utk terus berjaya dalam hidup tanpa menindas sesiapa.

Ya Allah...sesungguhnya memang aku diuji olehMu dan aku tahu ujian ini hanyalah sebahagian dariMu, aku terima ya Allah, moga engkau kuatkanlah imanku ya Allah, insyaAllah.

Kepada kawan2 di luar sana, ujian dan rintangan ini bukan perkara baru dalam dunia penternakan kambing, byk lagi yang bakal mendatang dan insyaAllah saya cuba hadapinya. Percaya pada diri dan sentiasa berusaha dan ingat Allah tidak akan menguji seseorang itu jika Dia tahu orang itu tidak mampu menghadapinya. InsyaAllah.

Semoga kita terus berusaha dan lupakan perkara yang lepas dan tanam sifat dendam dan benci jauh di dalam tanah, insyaAllah.

Salam Aidil Adha buat semua.

Tuesday, October 18, 2011

Sudah 92 ekor......yes...yes...yes....

Salam again,

Alhamdulillah, kambing beranak kembar lg dan jumlahnya sudah 92 ekor, itupun selepas beberapa ekor telah dijual sepanjang tahun ni. Impian utk memiliki 100 ekor menjelang hujung tahun hampir tercapai insyaAllah doakan ya.

Perkembangan di kandang sedang di upgrade dengan kayu yg lebih kukuh, dah hampir siap 80% moga dlm seminggu ni siaplah hendaknya. Anak2 kambing pun sihat alhamdulillah dengan ada yg x menyusu ibu maka kenalah disusu botolkan budget pun makin bertambah mmm x pala asal sihat walafiat.

Raya korban hampir tiba, sudah ada yg bertanya kambing2 utk korban tapi kebanyakannya masih belum cukup umur dan terhad utk kegunaan sendiri. Plan nk sedekah sempena raya korban ni insyaAllah, kambingnya sudah dipilih jantan kacukan Boer/Jamna yg sihat dan boleh tahan besarnya, moga diberkati InsyaAllah.

Menjelang hujung tahun ni ada 3-4 ekor yg boleh disembelih utk tujuan akikah dan ada yg dah booking harap ianya berterusan la hendaknya.

Update lain...ayam2 kampung pun dah besar tunggu raya haji nak sembelih insyaAllah dan itik2 pun dh besar2 tunggu masa nk bertelur lps ni leh mkn telur masin non stop kikiki.........

Sekian update dari RDS Farm.....wasalam.