Selamat Datang!





Projek Kandang ini dimulakan sejak bulan Ogos 2008. Bermula dengan 25 ekor kambing baka boer, dan sekarang jumlahnya sudah menjadi 93 ekor. Ini termasuklah baka jamnapari, feral dan katjang cross untuk tujuan akikah, korban dan lain-lain. Projek ini diusahakan secara solo, dengan bantuan ahli keluarga terdekat. Moga-moga berjaya hendaknya. Jika berminat untuk sama-sama belajar pasal kambing, nak beli kambing, nak kenal ngan tuan blog atau saja2 nk abiskan masa bersembang rajin2 kan lah tgn tu mendail 013-3676780 - Rizal hehehehehehe.................












Wednesday, December 29, 2010

Azam Tahun Baru 2011

Salam All,

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar walaupun ada sedikit sebanyak halangan di kandang. Buat ms sekarang dh nk masuk 70 ekor kambing di kandang dengan kelahiran baru sebanyak 13 ekor..alhamdulillah. Walaupun ada beberapa kematian anak kambing di kandang, namun semangat utk meneruskan usha ini tetap utuh.

Sejak kebelakangan ini, ramai yg dtg ke kandang mengusha2 anak2 kambing utk dibeli tetapi kebanyakkannya menawarkan harga yg rendah dan tidak berbaloi, takpa la mungkin belum rezeki saya lg.

Alhamdulillah, minggu lps sy pulang ke kampung melihat anak2 kmbing sedang aktif berlari-larian di sekitar kandang walau pun musim hujan. Beberapa perkara yg dpt diselesaikan antaranya menyembelih 60 ekor ayam kampung hasil pesanan kwn2 opis dan alhamdulillah semuanya telah selamat di serahkan kepada kawan2.

Sekarang ni musim hujan, so kambing2 pun ada yg selsema, batuk2 tetapi tidak la membimbangkan, anak2 kambing pun nmpaknya ok je cuma x la gemuk2 mcm 1st batch dulu, mungkin kerana ibu2nya sudah pndai menyusu dan susu tepung tidak lagi menjadi sajian utama mereka dapatla jugak save budget hehehehehe...........

Minggu lepas, pihak Veterinar ada menelefon menawarkan 21 ekor kambing biri2 tetapi terpaksa ditolak kerana faktor kandang yg makin sempit dan ibu2 yg sedang sarat mengandung. Insyallah kalu ada rezeki tahun depan pulak boleh la difikirkan.

Maha 2010 - Alhamdulillah hari terakhir Maha dapat juga pegi dan melawat rakan2 yg mengambil bahagian, niat dihati tahun 2012 saya pun nk join sekali, dpat la bersembang dgn rakan penternak yg lain ada yg br menternak ada yg dah lama macam2 cerita. Banyak juga shopping dengan pokok jambu batunya, air sarang burung dan mcm2 lg. Memang enjoy dpt mkn kmbing bakar, sandwich daging lembu, buah nangka, manggo dan mcm2 lagi.

InsyaAllah di tahun 2011 yg bakal menjelang, perjuangan penternakan akan diteruskan dengan harapan dapat menambah bilangan kambing, ayam kampung, itik, angsa dan lain-lain. Doakan ya.

Moga tahun 2011 memberi sinar baru kepada penternak kecil-kecilan seperti saya utk terus maju kehadapan, insyaAllah.

Moga bertemu di masa akan datang.

Wassalam.

1 comment:

  1. Salam Rizal,
    Patutla Rizal citer dl sampai ke Kg Manjoi cari angsa, rupanya Rizal penternak..bagus2... teruskan usaha dan jgn cepat putus asa ok.
    From Fiza(Vijay)

    ReplyDelete